Zero or Die?

Zero or Die?

eskaze FM


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Saturday 12 February 2011

babi yang bersyukur. (renung kan lah)

Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit
kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah
negara "middle east". Orang yang menulis tidak
dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus
direnung dan difikirkan bersama bukan setakat
baca dan lupakan, harap kita semua dapat
mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan
seperti dalam manusript di bawah. Amin
Seorang Nasrani berkata, "Saya amat bersyukur
kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam
bangsa Nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari
bangsa Majusi."
Seorang Majusi pula berkata, "Saya juga berasa
amat bersyukur kepada Allah walaupun saya
dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya
lebih mulia dari orang kafir."
(cuba kita meneliti dua perbualan di atas, kita
dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir
dan mereka saling bandingkan dengan orang
kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata...)
Seorang kafir pula berkata, "Saya juga rasa
bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan
kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan
sebagai anjing."
Anjing pula berkata, "Saya juga bersyukur kepada
Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini
kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai
babi."
(mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini,
dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan
siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia...)
Babi pula berkata, "Saya juga bersyukur kepada
Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor
babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang
tidak solat."
Ini adalah sebuah manuscript yang memberi
kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur
dan juga umat yang selalu membandingkan diri
mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah
dari mereka.
Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju.
Tercatat di dalam Al-Quran, bahawa umat islam
yang meninggalkan solatnya akan menjadi
semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman...
adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau
telah berlaku?

Friday 11 February 2011

BREAK: Interview / Behind The Scenes.